Ahad, 17 September 2017

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN KOSPEN KG PAHI











KOSPEN Kg Pahi dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pahi mengadakan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) di perkarangan Rukun Tetangga Kg Pahi 15 september 2017 (jumaat) baru-baru ini.

Dalam program tersebut, pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi mengetahui tekanan darah, kandungan gula dalam darah, pemeriksaan kahak (TB), pemeriksaan gigi disediakan. Kaunter AADK Kuala Krai juga dibuka selain Pi1M.

Senama aerobik mendului program pagi itu sebelum kaunter dibuka bagi tujuan pendaftaran dan cabutan nombor bertuah. Sambutan yang menggalakkan dari kalangan masyarakat Kg pahi memungkinkan program sebegini akan diteruskan di lain masa bagi kemudahan semua pihak membuat pemeriksaan percuma.


Sabtu, 15 Julai 2017

GOTONG ROYONG MEMBAIKI TIANG PAGAR KUBUR ISLAM KG PAHI















JUMAAT, 14 Julai 2016 anggota KRT Pahi bersama penduduk sekitar keluar bergotong royong membaiki tiang pagar yang hilang dicuri. 

Pengerusi KRT Pahi, Encik Azmi Abdullah sewaktu ditemui menjelaskan tiang pagar kubur sejauh hampir 1km ini mulai tumbang apabila hampir keseluruhan tiang besi pagar dicuri oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Pihak KRT Pahi dengan bantuan penduduk sekitar mengambil pendekatan terbaik keluar membaiki bersama bagi menjimatkan kos.







Sabtu, 8 Julai 2017

RUMAH TERBUKA JALINAN AIDILFITRI 2017
































3 ngo di Kg Pahi iaitu JKKKP, GDW dan KRT Pahi bergabung mengadakan rumah terbuka sempena sambutan hari raya aidilfitri tahun ini. Majlis yang dinamakan Jalinan Kasih Adilfitri 2017 tercetus bila Pengerusi dari 3 ngo dan setiausaha program ini merasakan idea mengadakan majlis gabungan 3 ngo ini lebih efisen dan menjimatkan kos.

Majlis yang bermula jam 3 petang 07 Julai 2017 dihadiri oleh hampir 300 penduduk kampung yang dijemput menggunakan kad jemputan yang diedarkan dari rumah ke rumah. Turut hadir, tetamu jemputan Tuan Penggawa Dun Guchil, Tuan Penghulu Mukim Pahi Barat, Timbalan Ketua Umno & Isteri, Ketua Penerangan Umno & isteri dan pemimpin sekitar.

Majlis dimulakan dengan ucapan Setiausaha Program, YM Tengku Abdullah Tuan Kechik yang mengalu-alukan kehadiran semua penduduk dan dif-dif jemputan. Beliau juga menyeru penglibatan semua penduduk dalam apa jua program 3 ngo ini lebih-lebih lagi kepada golongan dewasa dan belia bersama menganggotai Skim Rondaan Sukarela (SRS) mencegah jenayah dan pecah rumah yang kian berleluasa.

Dalam majlis ini juga, pembahagian duit raya kepada kanak-kanak, penyampaian cenderahati kepada SRS Jiran Wanita dan Kuiz Pi1M diselitkan bagi memeriahkan lagi rumah terbuka hari raya ini.




PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN KOSPEN KG PAHI

KOSPEN Kg Pahi dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pahi mengadakan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPE...