PADA 23 Mei 2017 baru-baru ini, GDW Kg Pahi menerima kunjungan dari barisan panel hakim bagi menilai 8 aspek permarkahan berkaitan aktiviti dan perancangan GDW Kg Pahi sempena pertandingan ADP Peringkat Negeri Kelantan.
Hampir kesemua 8 Pengerusi Biro membentangkan segala aktiviti beberapa tahun kebelakangan dan termasuk tahun ini.
Untuk rekod, GDW Kg Pahi pernah memenangi ADS1M tahun 2016.
Sabtu, 27 Mei 2017
Selasa, 23 Mei 2017
ASAL USUL KG PAHI
Kg Pahi terletak kira-kira 10 km dari bandar Kuala Krai. Pada asalnya kampung ini diberi nama sempena nama seorang ketua komunis yang memerintah dan bertapak disalah sebuah bukit di sini. Pah Hee @ Ah Kim
merupakan nama ketua kumpulan komunis yang memerintah disini. Beliau seorang yang kejam dan dikehendaki oleh pihak kerajaan pemerintah pada masa itu. Di
Bukit ini juga beliau dibunuh dan dikerat kepala oleh askar Melaya. Sampai sekarang nama bukit itu dikenali dengan nama Bukit Ah
Kim. Kampung ini juga dikenali dengan nama kampung Dalam Kerawat, ini adalah kerana pada zaman itu (pemerintahan Jepun) keseluruhan kampung ini dikenakan perintah berkurung bila tiba waktu malam. Seorang Penghulu ( Dari kerabat Raja Jembal ) yang ditugaskan oleh kerajaan untuk menjaga keamanan kampung ini telah memberi nama kampung ini sempena nama ketua komunis sebagai Kampung Pah Hee dan kemudiannya ejaan namanya di melayukan menjadikan nama Kampung Pahi.
Isnin, 22 Mei 2017
Pengenalan
Sebagai menyahut saranan Panel Hakim semasa Sesi Taklimat Penghakiman Pertandingan Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Daerah Kuala Krai pada 25 April 2017 lepas dan terbaharu semasa Taklimat Penghakiman Pertandingan ADP Peringkat Negeri Kelantan pada 23 Mei 2017 di GDW Kg Pahi, saya selaku admin mewujudkan Blog ini sebagai medium baru untuk semua pihak lebih-lebih lagi warga penduduk kampung khususnya yang berada di luar Kg Pahi.
Semoga ianya memberi manfaat dan sokongan semua pihak...
Semoga ianya memberi manfaat dan sokongan semua pihak...
Langgan:
Catatan (Atom)
PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN KOSPEN KG PAHI
KOSPEN Kg Pahi dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pahi mengadakan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPE...
-
Kg Pahi terletak kira-kira 10 km dari bandar Kuala Krai . Pada asalnya kampung ini diberi nama sempena nama seorang ketua ...
-
JUMAAT, 14 Julai 2016 anggota KRT Pahi bersama penduduk sekitar keluar bergotong royong membaiki...