3 ngo di Kg Pahi iaitu JKKKP, GDW dan KRT Pahi bergabung mengadakan rumah terbuka sempena sambutan hari raya aidilfitri tahun ini. Majlis yang dinamakan Jalinan Kasih Adilfitri 2017 tercetus bila Pengerusi dari 3 ngo dan setiausaha program ini merasakan idea mengadakan majlis gabungan 3 ngo ini lebih efisen dan menjimatkan kos.
Majlis yang bermula jam 3 petang 07 Julai 2017 dihadiri oleh hampir 300 penduduk kampung yang dijemput menggunakan kad jemputan yang diedarkan dari rumah ke rumah. Turut hadir, tetamu jemputan Tuan Penggawa Dun Guchil, Tuan Penghulu Mukim Pahi Barat, Timbalan Ketua Umno & Isteri, Ketua Penerangan Umno & isteri dan pemimpin sekitar.
Majlis dimulakan dengan ucapan Setiausaha Program, YM Tengku Abdullah Tuan Kechik yang mengalu-alukan kehadiran semua penduduk dan dif-dif jemputan. Beliau juga menyeru penglibatan semua penduduk dalam apa jua program 3 ngo ini lebih-lebih lagi kepada golongan dewasa dan belia bersama menganggotai Skim Rondaan Sukarela (SRS) mencegah jenayah dan pecah rumah yang kian berleluasa.
Dalam majlis ini juga, pembahagian duit raya kepada kanak-kanak, penyampaian cenderahati kepada SRS Jiran Wanita dan Kuiz Pi1M diselitkan bagi memeriahkan lagi rumah terbuka hari raya ini.