GABUNGAN Jawatankuasa JKKKP Kg Baru Pahi, GDW Kg Pahi dan KRT Pahi telah merancang untuk mengadakan Program Jalinan Kasih Aidilfitri 2017 di perkarangan Pusat RT Pahi pada petang jumaat ini, 07 Julai 2017.
Dijangkakan 300 penduduk kampung dan dif-dif jemputan memeriahkan program yang julung-julung kali digabungkan bersama.
Setiausaha program, YM Tengku Abdullah sewaktu ditemui bernada positif yang program seumpama ini sewajarnya dirancangkan setiap tahun bagi memberi peluang semua jawatankuasa 3 ngo berkenaan bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat setempat khususnya penduduk kampung yang mungkin belum mengetahui peranan 3 ngo ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan